Tuesday, 20 March 2012

SAMBUTAN MAULIDURASUL

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA YANG MENGIKUTI BLOG INI.

DISINI INGIN MEMBERITAHU BAHAWA SAMBUTAN MAULIDURASUL SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA AKAN DI ADAKAN PADA:-

TARIKH: 24 MAC 2012
MASA   : 7.30 A.M-11.00 A.M
TEMPAT: SURAU JALAN CENGAL BANDAR PUTRA.

DIJEMPUT SEMUA PELAJAR SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA UNTUK MENGIKUTI LAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT UNTUK MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH.
DIHARAP IBU BAPA DAPAT MENYEDIAKAN KENDERAAN PERGI DAN BALIK SENDIRI.

Monday, 12 March 2012

PELAN LOKASI SABP KULAI


3087, JALAN MERBAU 2, 
BANDAR PUTRA, 81000, 
KULAIJAYA, JOHOR.


Saturday, 10 March 2012

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum.
Kepada semua murid SABP sila isi masa cuti anda dengan mengulangkaji pelajaran untuk ujian SETARA Mac 2012. Matapelajaran Ujian SETARA :-

1. Pendidikan Tauhid
2. Pendidikan Ibadat
3. Pendidikan Bahasa Arab
4. Pendidikan Jawi
5. Pendidikan Sirah
6. Pendidikan Akhlak
7. Pendidikan Tajwid

Jangan lupa juga sila penuhkan aktiviti murid dalam buku ihya mengikut muka surat yang telah ditentukan oleh Guru Kelas.

Monday, 5 March 2012

SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA MULA BERBLOG

Assalamualaikum,
Mulai hari ini, Sekolah Agama Bandar Putra Kulai mulai berblog. Tujuan blog ini diwujudkan ialah sebagai sebuah laman untuk berkongsi maklumat berkaitan aktiviti sekolah dan murid. Sebagai permulaan, pihak pentadbir laman ini akan cuba sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang terkini dan tepat. Bagaimanapun, sebarang kekurangan, harap dapat dimaafkan dan Insyaallah pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan pendapat untuk sama-sama menjadikan blog ini bermanfaat kepada semua.