Assalamualaikum,
Mulai hari ini, Sekolah Agama Bandar Putra Kulai mulai berblog. Tujuan blog ini diwujudkan ialah sebagai sebuah laman untuk berkongsi maklumat berkaitan aktiviti sekolah dan murid. Sebagai permulaan, pihak pentadbir laman ini akan cuba sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang terkini dan tepat. Bagaimanapun, sebarang kekurangan, harap dapat dimaafkan dan Insyaallah pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan pendapat untuk sama-sama menjadikan blog ini bermanfaat kepada semua.